Terpanggil dengan berita seorang pemufa terpedaya dengan skim pelaburan yang akhirnya terbukti scam. Pemuda dikhabarkan berusia baru 35 tahun.
Kekadang kita sendiri pun dihujani dengan pelbagai panggilan telefon, sms dan juga iklan di media sosial yang sering muncul. Kita doakan semua kita dihindari dengan penipuan sebegitu.
Namun tak dinafikan ada yang terpesona dengan tawaran yang diberikan sehingga sanggup menjual aset sedia ada demi keuntungan berlipat ganda yang dijanjikan.
Bagi yang hampir ke usia persaraan dan punyai simpanan EPF, sendiket scam ni akan cuba juga untuk memperdayakan mangsa. Baru-baru ini ada berita mendedahkan seorang warga emas hampir kehilangan simpanan Tabung Haji hampir RM250 ribu jika tidak kerana tindakan pantas petugas kaunter TH yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada warga emas tersebut.
Jadi kita semua berhati-hati dengan setiap sms panggilan telefon dan seumpamanya.
0 Comments