Hari kecemrlangan taska

Zaman kanak-kanak adalah suatu masa yang indah dan penuh dengan nostalgia.

Majlis Hari Lahir di Saujana Utama

Mengambil gambar majlis hari lahir seorang kawan

Bolasepak

Perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil

BlackBerry

The company that invented the smartphone.

Buah-buahan

Makanan yang menyihatkan badan serta amast berkhasiat untuk anda.

Friday, December 29, 2017

Apple hadapi 8 saman di USA

SAN FRANCISCO, California – Firma Apple Inc menipu pengguna iPhone dengan memperlahankan kelajuan telefon pintar tersebut kononnya untuk menyembunyikan kecacatan prestasi baterinya, demikian menurut lapan saman yang dikemukakan di beberapa mahkamah persekutuan baru-baru ini.

Semua saman itu yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) termasuk di California, New York dan Illinois, bertujuan untuk mewakili berjuta-juta pemilik iPhone di seluruh AS.

Kes serupa turut difailkan di sebuah mahkamah Israel pada Isnin lepas, lapor akhbar Haaretz.

Saman tersebut menuntut sejumlah ganti rugi yang tidak didedahkan.

Firma itu mengakui buat kali pertama pada minggu lalu bahawa kemas kini untuk sistem operasi telefon pintar iPhone 6, iPhone 6s, iPhone SE dan iPhone 7 sejak tahun lalu termasuk ciri untuk 'melancarkan' bekalan kuasa daripada bateri yang sejuk, sudah lama atau kurang cas.

Telefon tanpa kemas kini tersebut akan padam tiba-tiba kerana ciri kewaspadaan itu yang direka untuk menghalang komponen daripada terbakar dan rosak, kata Apple.

Pendedahan itu menyusuli analisis pada 18 Disember lalu oleh Primate Apps yang membina aplikasi pengukuran iPhone. Aplikasi itu mengenal pasti bahawa kelajuan pemprosesan iPhone sedikit lambat dan merumuskan bahawa kemas kini pada perisian sebagai puncanya.

Salah satu saman itu yang difailkan pada Khamis lalu di San Francisco menyatakan bahawa bateri iPhone sebenarnya tidak berupaya mengendalikan kelajuan sistem pemprosesan telefon pintar itu tanpa kemas kini tersebut.

"Daripada membaiki kecacatan bateri dengan melakukan pertukaran bateri secara percuma untuk semua model iPhone yang terjejas, Apple sebaliknya cuba menyembunyikan kecacatan pada baterinya," demikian menurut saman itu.

Plaintif dalam kes tersebut diwakili oleh Jeffrey Fazio, peguam yang mewakili plaintif dalam saman berhubung isu jaminan telefon pintar Apple pada 2013.Kes itu berakhir dengan Apple bersetuju membayar penyelesaian berjumlah AS$53 juta (RM216.5 juta). – REUTERS

Thursday, December 28, 2017

Minuman retro dari Kelantan

Botol minuman ini amat sinonim dengan Kelantan, di mana ianya antara jenama minuman yang masih bertahan di sana.

Bila melihatkan minuman ni, memang nostalgia masa kanak-kanak terus terlintas di benak hati sanubari.

Sekarang di Lembah Klang pun kita dah bolrh didapati minuman tersebut.

Friday, December 22, 2017

Nasi Ayam Panggang RnR Dengkil

Berhenti rehat dan mengisi perut dalam perjalanan ke Seremban dengan hidangan nasi ayam panggang. Harga kira ok la, sepinggan berharga RM5.30.

Trafik diramalkan sesak menuju ke arah selatan bersempena cuti perayaan Krismas pada 25 Dec ini.

Moga semua kita selamat menuju destinasi masing-masing serta patuhi undang-undang jalanraya demi kebaikan bersama-sama.

Wednesday, December 20, 2017

De Renjis - event dan wedding planner

Selalu sahaja melalui kawasan ini, iaitu Seksyen 19 Subang Jaya, baru hari ini terdetik mengambil gambar sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan perkahwinan dan majlis-majlis keraian.

Kepada anda yang bercadang mengadakan majlis berkaitan boleh terus hubungi pihak mereka seperti yang tertera dalam gambar.

Tuesday, December 19, 2017

Quen Elizabeth berketurunan Nabi Muhamad

Kemungkinan ini boleh berlaku memandangkan khalifah Islam dahulu memerintah Eropah selama lebih 800 tahun.

Dan terdapat juga khalifah Umayyah yang berketurunan dari Nabi Muhammad, dari cucu Rasulullah iaitu Fatima.

Untuk lebih maklumat, anda boleh rujuk artikel di laman web berikutnya..

https://observer.news/world/study-reveals-queen-elizabeth-ii-descendant-prophet-muhammad/amp/