Subscribe Us

Hari Raya Aidilfitri 2026

Ingatkan jalanraya ke Kelantan je sesak bila tiba mas raya, rupanya jalanraya ke Selatan/Johor Bahru juga mngalami nasib sama.

Ini pengalamaan sendiri dilalui bila mana perjalanan dari Shah Alam ke JB mengambil masa selama 10 jam termasuk rehat dan mengisi perut. Ingatkan 5 jam dah boleh sampai,dan plan asal memang nak balik hari. Namun takdir sebaliknya berlaku.

Pun begitu, puas hati dapat ziarahi emak sedara JB dan juga rakan sekolej dahulu di Labis. Jika bukan kerana kesesakan dan kesuntukan masa, ingin juga ziarahi sahabat di Muar.

Perjalanan balik pada raya ke 3 juga mengalami nasib sama, jam 4 pagi raya ke 4 baru kami sampai di rumah. Bertolak dari JB jam 3 petang. Ini dah termasuk waktu ziarah sahabat di Labis setelah 30 tahun tidak bertemu. Moga pertemuan ini tidak berakhir di sini sahaja.

Terima kasih dengan layanan yang diberikan walaupun kami sampai pun dah jam 8.15 malam. 

Moga Allah terus melimpahkan nikmatNya kepada sahabat. Amin

Post a Comment

0 Comments