Subscribe Us

SELAMATKAN PADANG RAKYAT KELANA JAYA - SELAMATKAN PADANG SEMALAYSIA

Photobucket



Petisyen Membantah Cadangan PKNS Memusnahkan  Padang Kelab Sukan Kelana Jaya dan mengantikanya dengan Kompleks Perumahan, Pejabat dan Perniagaan.

Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah menerima  permohonan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk merobohkan semua kemudahan sukan Gelanggang-Gelanggang Tenis, dewan  dan Padang-Padang Bola di Kelana Jaya, menggantikannya dengan Tujuh Blok Pangsapuri 35 tingkat dengan 413 unit setiap blok, Dua Blok Kompleks Pejabat 10 tingkat dan Kompleks Perniagaan 15 tingkat 


Kami warga Kelana Jaya, Petaling Jaya dan warga Selangor membantah pemusnahan padang tersebut.

Kami tidak anti pembangunan. Kami tidak setuju dengan pembangunan yang mengorbankan kawasan hijau dan rekreasi, pembangunan yang bercangggh dengan zon perancangan bandar, yang mengubah status asal tanah dan pembangunan yang membawa impak negatiif sosial, politik, keselamatan, kualiti hidup dan persekitaran. Kami membantah  tindakan syarikat kerajaan yang mengorbankan hak rakyat.


Jawatankuasa Bertindak 
SELAMATKAN PADANG RAKYAT


-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila tandatangan petition membantah pembangunan Padang  Bolasepak Kelana Jaya
Sertai Group Facebook


Post a Comment

0 Comments