Subscribe Us

Ekspedisi Bukit Fraser pada 12 Disember 2021



Alhamdulillah, tercapai cita-cita untuk berkayuh ke Bukit Fraser. Kami berlepas dari Puncak Alam pada jam 6.50 pagi, 12 Disember 2021 dan sampai di Sungai Chiling pada jam 8.15 pagi. Seterusnya berkayuh dari Sungai Chiling lebih kurang jam 8.45 pagi. Kali ini, seramai 10 orang ahli kami menyertai ekspedisi ini yang jaraknya dianggarkan sejauh 28 km menaiki Bukit Fraser.

Setelah mengisi perut di medan selera, kami meneruskan perjalanan menuruni Bukit Fraser bermula jam 3.10 petang dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit untuk sampai di Sungai Chiling. Jarak menuruni bukit dianggarkan 29 km. 

Satu pengalaman mengujakan menuruni bukit dengan kelajuan maksima 45 km/j. Syukur sekali lagi tiada kejadian buruk berlaku ke atas kumpulan kami. 
Syukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Moga trip seterusnya akan berjaya dilaksanakan. 

Terima kasih buat penganjur, En Khalil dan rakan-rakan yang menjayakan trip ini dengan begitu baik sekali. 

Post a Comment

0 Comments