Subscribe Us

Filem Ombak Rindu




Filem ni antara filem yang mengesankan. Penuh dengan pengajaran dan nostalgia. Paling best bila melihat pemandangan sawah bendang. Jalan cerita yang diolah bagi menimbulkan suasana kerinduan yang mendalam antara suami dan isteri menambah lagi kekuatan filem ini.

Sehingga 15 Disember 11, kutipan filem ini telah mencecah RM10 juta. Dan tidak mustahil boleh melepasi kutipan RM11.7 juta oleh KL Gangster.

Selain itu, bila kita amati, betapa indahnya perasaan rindu yang dianugerahkan Allah kepada hambanya.

Secara ringkasnya, kita tentu sedar, betapa agungnya Allah yang Maha Pencipta, Dia bukan sahaja boleh mencipta benda-benda fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi juga mencipta sesuatu yang hanya boleh dilihat melalui mata hati sahaja.

Lihat sesuatu cerita bukan dari zahirnya.

Post a Comment

0 Comments