Subscribe Us

Slim River semasa cuti Tahun Baru Cina 2018

Perjalanan yang panjang merentasi banjaran Titiwangsa menuju Kuala Lumpur sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina pastinya memenatkan dengan kesesakan lalulintas yang merupakan pemandangan biasa semasa cuti-cuti utama di negara kita.

Namun semua itu tidak memenatkan jika anda anggap perjalanan tersebut bukan semata-mata untuk cepat sampai ke destinasi yang dituju. Sebaliknya kita boleh menikmati pemandangan sekeliling di samping melihat kesan sejarah seperti bandar lama Slim River. Bangunan-bangunan lama masih kekal terpelihara yang membuatkan bandar ini begitu istimewa di mata pengunjung.

Alhamdulillah kami sampai juga ke destinasi kami dengan selamat. Moga dapat kembali lagi ke sini pada masa akan datang.

Post a Comment

0 Comments