Kumpulan rock evergreen dari barat iaitu
Helloween akan mengadakan persembahan dengan anggota asalnya pada pada 28 April
2018 jam 8.30 malam.
Konsert yang diberi
nama Pumpkins United Tour 2018 Live In
Malaysia akan diadakan di Dewan tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)
, Selangor.
Para peminat boleh
mendapatkan tiket yang telah pun mula dijula dan ia berharga antara RM195
hingga RM800 (pembelian awal sehingga 18 Mac ini), manakala RM295 sehingga
RM900 iaitu selepas promosi pembelian awal itu berakhir.
Sebarang pertanyaan
berhubung pembelian tiket dan konsert tersebut, sila hubungi 03-78807999 atau
layari www.ticketpro.com.my atau www.soundvalleyfestival.com.

0 Comments