Subscribe Us

Bank Islam Tawar Cabutan Bertuah Bernilai RM14 juta



Bermula dengan RM100 simpanan pelaburan dalam akaun Al -Awfar, anda berpeluang memenangi wang tunai selain pelbagai hadiah menarik seperti kereta Audi A4 dan lain-lain.

Program yang ditawarkan sejak  Mac 2009 ini pada nilai hadiah RM10 juta, mendapatkan suntikan sebanyak RM4 juta menjadikan nilai hadiah sebanyak RM14 juta bermula tahun 2019. 

Kelayakan Menyertai Cabutan adalah seperti berikut:

- Baki purata bulanan RM100 untuk satu unit kelayakan bagi cabutan bulanan & negeri.
- Baki purata 3 bulan RM100 untuk Cabutan Suku Tahunan Junior.
- Baki purata 3 bulan RM1000 untuk Cabutan Suku Tahunan Jutawan Al-Awfar.
- Baki purata 6 bulan RM1000 untuk Cabutan Setengah Tahun.


Konsep yang dibawakan oleh Bank Islam ini hampir sama dengan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. Ini merupakan berita baik bagi pelbagai lapisan masyarakat, di mana mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

Selain itu, insentif seperti ini mampu memupuk budaya menyimpan untuk masa depan di kalangan rakyat Malaysia.





Post a Comment

0 Comments