Subscribe Us

Pengalaman menunggang Benelli TNT249S dari Kuala Lumpur ke Kelantan

Demi mengelakkan kesesakan semasa cuti raya, aku hanya balik kampung berseorangan dengan menunggang motor kesayangan aku, Benelli TNT249s.





Satu pengalaman amat berharga kerana ini merupakan kali pertama aku menunggang motor dengan jarak lebih 450 km bagi satu hala.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dan tiada kejadian yang tidak diingini. Sepanjang jalan juga, tiada kemalangan yang melibatkan motosikal.

Bertolak dari Puncak Alam jam 11.30 pagi pada Jumaat, 12 April 2024 dan sampai di kampung halaman sejurus sebelum azan Maghrib dilaungkan. Mengambil masa lebih kurang 8 jam memandangkan banyak berhenti bagi memberi ruang rehat bagi motor dan penunggangnya.

Kembali ke Kuala Lumpur pada Ahad 14 April 2024, dengan keadaan trafik yang sesak sepanjang jalan terutama di Kuala,  Krai, Gua Musang dan Jalan Karak.

Moga diberikan peluang lagi untuk merasai pengalaman sebegini dalam masa terdekat. Amin.



Post a Comment

0 Comments